"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Memperingati ISA 50 Tahun, Chegubard Ditahan Polis

Pada masa ini berlangsung acara nyalaan lilin memperingati kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di perkarangan Amcorp Mall.

8.36pm
TV Selangor menerima maklumat daripada wartawan di lokasi, Mohd Naeem Mohd Rafi yang Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin ditahan polis dalam serbuan polis melibatkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Turut ditahan ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, selain kira-kira 20 aktivis lain.

9.30 pm
Jumlah yang ditahan polis sehingga jam 9.30 malam ini ialah 25 orang termasuk enam wanita.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut dan dituruti
sebahagian penyokong anti-ISA.

10 pm
Beberapa dari kira-kira 100 orang berkumpul depan IPD Petaling Jaya ditahan polis selepas diserbu empat trak pasukan anggota FRU, kira-kira jam 9.40 malam.

Sebahagian mereka sempat melarikan diri dan FRU dikatakan mengejar meter sehingga sekitar 50 meter dari IPD berkenaan.

Tiada ulasan: