"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Qazaf: Mahkamah Syariah Dipermainkan- Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah di negara ini 'dipermainkan' kerana menerima tekanan politik daripada individu tertentu yang berkepentingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas memfailkan permohonan pindaan kesnya di mahkamah syariah hari ini.

"Ada individu yang menggunakan kuasa politik untuk campur tangan bidang kuasa mahkamah syariah. Kenapa pendakwa tidak mendakwa kes qazaf terhadap Saiful?

"Pada dasarnya mereka tidak boleh mencampur adukkan kes jenayah di mahkamah sivil dengan kes qazaf di mahkamah syariah bukan kerana isu teknikal," katanya.

Anwar dalam permohonan rayuannya pada 3 November lalu itu memberi alasan bahawa berlaku kesilapan hakim mengenai merit dan isu substantif diperingkat bantahan awal di mana permohonan saya belum sempat dibicarakan.

Anwar antara alasannya juga berkata hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah besar dan luas, menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai yang kedudukannya terletak di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hari ini Ketua Umum PKR itu memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuannya kerana mendapati keciciran perkataan "keseluruhan" dan tidak dimasukkan dalam notis tersebut.

Anwar dalam permohonan yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah pagi tadi berkata permohonan itu perlu dibuat peringkat awal supaya tidak menjejaskan kelicinan perjalanan rayuannya dengan perkara teknikal.

Notis beserta 14 alasan rayuan itu sebelum ini telah pun difailkan Anwar pada 3 November lalu.

Peguam syarie mewakili Anwar, Kamar Ainiah ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mengenal pasti keciciran perkataan "keseluruhan" dalam perenggan ayat yang mempersoalkan keputusan hakim pada 14 April lalu.

"Ini kesilapan teknikal. Jadi kita failkan permohonan ini untuk meminta kebenaran daripada mahkamah rayuan supaya pinda notis rayuan dan masukkan perkataan "keseluruhan" dalam notis itu," katanya di sini hari ini.

Notis rayuan itu berhubung keputusan hakim pada 14 April lalu yang membenarkan bantahan awal daripada Shamsuddin beserta Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk mengenepikan notis rayuan Anwar dengan alasan ia cacat, salah aturan dan telah memberi implikasi yang besar terhadap permohonannya.

Mereka juga mendakwa Anwar gagal menyatakan secara terperinci, bahagian mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang ingin dirayunya.

Dalam permohonan rayuan awal pada 23 April lalu, Anwar memohon supaya Shamsuddin meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25.

Beliau juga memohon agar Che Mat dan Jamil supaya tidak menghalang dan mempengaruhi Shamsuddin daripada menjalankan pendakwaan tersebut.

Beliau telah menamakan Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat sebagai responden. Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

-tvsnews-

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

kalau dah pak hakim pun bonggok dan tak da maruah... hancurlah negara...
agaknya diaorang ni tak takut mati kott... dia ingat dimahkamah Allah nanti boleh kautim macam kat dunia ni... silap2..