"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan Keadilan 2010 : Azmin Terus Dahului Mustaffa Kamil


KUALA LUMPUR, 13 NOV  ( 20:35:45): Keputusan tidak rasmi daripada 99 cabang yang mengadakan pemilihannya setakat semalam, Azmin Ali terus meninggalkan pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti 6,207 undi. Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan sembilan negeri di seluruh negara.

Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).

Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Azmin mendapat keseluruhan 7,649 undi manakala Mustaffa Kamil pula memperoleh 1,442 undi. 

Sementara itu mesyuarat agung PKR Kuala Nerus dan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat (MPP) di cabang itu tergendala dua jam susulan pejabatnya didapati berkunci.

Bagaimanapun, tambahnya, mesyuarat agung dan pemilihan MPP itu berjaya dilangsungkan di tempat lain yang terletak kira-kira lima kilometer daripada pejabat cabang berkenaan.

Sehubungan itu, acara yang dijadual bermula pada jam 10 pagi itu dilangsungkan pada jam 12 tengah hari tadi.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:
Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)

Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)

Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)

Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)

Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)

Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)

Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)

Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)

Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)

Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32) 
-tvsnews-

Tiada ulasan: