"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jawatan no 2 PKR: Mustaffa protes tapi terus tanding

Naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub akan terus bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu yang sedang berlangsung.

Sidang media hari ini diadakan selepas kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berakhir semalam, yang menuntut supaya pemilihan ditangguhkan kerana didakwa berlaku penyelewengan.

"Tetapi selepas berjumpa dengan Dr Molly Cheah (pengerusi JPP) semalam, beliau memberikan tiga komitmen kepada saya dan saya memutuskan untuk mengambil jalan tengah.

"Saya akan terus bertanding walaupun dalam protes,” katanya sambil menambah bahawa beliau bukan seorang “pengacau”.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: