"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Korban Gunung Merapi Meningkat 240 Orang


GUNUNG MERAPI  INDONESIA, 13 NOV : Korban Gunung Merapi meningkat 240 orang sejak mula meletus 26 Oktober yang memaksa lebih 400,000 penduduk dipindahkan dan menyebabkan penerbangan dibatalkan minggu lepas.

Minggu lepas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terpaksa memendekkan lawatannya ke negara berkenaan bimbangkan debu gunung berapi yang akan mengganggu penerbangan kapal terbang rasmi Air Force One.

Sementara itu pihak berkuasa masih meletakkan gunung berapi Merapi di tahap empat yang paling tinggi dan masih memantau perkembangan dengan dekat walaupun gunung berkenaan masih mengeluarkan debu panas yang semakin perlahan.

Anggota keselamatan juga  sedang meningkatkan usaha mencari dan menyelamat di kawasan perkampungan yang mengalami kesan terburuk akibat debu panas yang meliputi kawasan sekitar.

Ramai penduduk disekitar gunung berkenaan hidup sebagai petani dan penternak dan kerajaan Indonesia dilaporkan akan membayar ganti rugi kemusnahan yang dialami penduduk kawasan terjejas berkenaan.

Indonesia yang mempunyai penduduk hampir 250 juta terletak dilingkaran api pasifik mengalami kekerapan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

26 Disember 2004 lepas, hampir 300,000 orang terbunuh di negara itu selepas dilanda tsunami akibat gempa bumi yang melanda Acheh dengan kekuatan 9.3 skala Ricther.
-tvsnews-

Tiada ulasan: