"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya Rakyat Berhak Putus Siapa Tadbir Putrajaya : Bersih 2.0


PETALING JAYA, 11 NOV: Hanya rakyat berhak putus siapa yang mentadbir Putrajaya tegas pertubuhan bukan kerajaan pilihan raya adil Bersih 2.0 semasa pelancarannya malam  tadi di sini yang dihadiri hampir 1,000 orang.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevaan mengingatkan parti-parti politik agar tidak mendakwa Putrajaya adalah milik mereka ketika mempersiapkan jentera bagi menghadapi  saingan pilihan raya umum ke-13.

"Putrajaya bukan milik mana-mana pihak tetapi kepunyaan rakyat Malaysia kita rakyat akan menentukan siapa yang layak memiliki Putrajaya " kata Ambiga.

"Kita rakyat akan memutuskan siapa yang akan mentadbir Putrajaya " kata beliau pada majlis itu. Bersih 2.0 dilancarkan kali ini sebagai badan madani dan sebagai sebuah badan bebas berbanding sebelum ini yang digerakkan oleh parti-parti politik.

Pada 2007 Bersih mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara meminta diadakan  reformasi pilihan raya di negara ini sebelum pilihanraya umum ke-12.

Bersih 2.0 diberi nafas baru disebalik gesaan Pakatan Rakyat agar badan itu digerakkan semula bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang adil dan berlakunya penyelewengan dalam perjalanan pilihanraya kecil.

Menurut Ambiga sistem demokrasi yang adil dan bersih akan mendorong rakyat memilih pemimpin impian mereka masing-masing.

Ambiga juga berkata kerajaan dan SPR sepatutnya menerima 11 tuntutan Bersih 2.0 iaitu  pembersihan sepenuhnya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal elak pengundian  berganda dan penyelewengan undi, reformasi proses pengundian, kebebasan pada semua parti untuk mengakses media, memanjangkan tempoh berkempen minimum 21 hari, pendaftaran automatik, serta umur turun mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan proses kewangan pilihan raya diurus dengan telus.

"Semua parti mesti memberi perhatian dan angkat cadangan-cadangan ini kalau SPR masih tidak mendengar dan meletakkan cadangan ini di belakang kita tahu ke mana kami harus  pergi dan apa yang kami wajar buat " katanya.

Ambiga berkata Bersih 2.0 yang diterajui Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Hakam dan kumpulan wanita Empower merupakan satu gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: