"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami cemburu mengamuk dengan pedang samurai menetak 3 orang


ORANG ramai menziarahi rumah Suzziana yang diserang seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di Alor Akar, Kuantan semalam.

KUANTAN: Perasaan cemburu seorang suami terhadap isteri yang disyaki beralih cinta kepada lelaki lain sampai di kemuncak apabila dia bertindak menyerang ahli keluarga kekasih isterinya itu dengan sebilah pedang samurai semalam.
Kejadian pukul 9.30 pagi di tingkat satu, Blok D Flat Alor Akar di Lorong Alor Akar di sini itu mengakibatkan seorang pengasuh kanak-kanak, Suzziana Mohd. Hopiah, 24, suaminya, Mohd. Taufik Abdul Razak, 36, dan kanak-kanak lelaki yang diasuh wanita itu, Anas Safian Efa Rizal, 3, cedera parah.
Suzziana cedera di kepala, luka lengan kiri dan belakang badan. Mohd. Taufik pula diserang di kepala dan lengan kiri manakala Anas Safian luka di kepala dan tangan kiri. Ibu jari kanak-kanak itu juga hampir putus dan kaki kirinya patah.
Difahamkan, ketika kejadian, suspek yang ditemani dua rakannya telah naik angin lalu mengamuk apabila lelaki yang disangka kekasih gelap isterinya tiada di rumah tersebut. Lelaki itu, Shahrul Ridzwan, 20, merupakan adik Suzziana.
Shahrul Ridzwan yang berada di Dungun, Terengganu ketika kejadian kemudian telah pergi ke sebuah balai polis di situ untuk memberi keterangan pada pukul 4 petang semalam. Isteri suspek pula gagal dikesan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kejadian dikatakan berpunca ekoran suspek tidak berpuas hati selepas mendakwa Shahrul Ridzwan telah melarikan isterinya.
Katanya, suspek bersama dua lagi rakannya pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.
“Sebaik pintu dibuka oleh seorang anak angkat Suzziana, suspek terus bertanyakan di mana adik Suzziana berada. Suami mangsa yang mendengar kekecohan tersebut keluar dari bilik.
“Suspek yang naik angin terus menetak suami mangsa dengan sebilah pedang samurai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan: