"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAIS tiada rekod Baginda Minda peluk Islam

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Islam Sarawak (JAIS) akan menyiasat status agama Norazman Abdullah @ Beginda Minda dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Daud, JAIS akan bekerjasama dengan Jakim kerana tidak mempunyai rekod Norazam - bapa kepada budak sekolah yang dirotan kerana membawa sosej babi ke sekolah - memeluk Islam, lapor Bernama.

"Kita akan menyiasat bagi menentukan status agama bapa berkenaan," katanya yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Isu itu turut dibangkitkan di persidangan Dewan Rakyat.

Pada 10 November lalu, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim menyiasat status agama Norazman Abdullah ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jakim tidak berhak masuk campur menyiasat status itu kerana di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

Semalam, theStar melaporkan Norazam mengaku telah murtad.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: