"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Belanja Kahwin Angkasawan: Khalid Arah Siasat





SHAH ALAM, 10 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan siasatan ke atas dakwaan bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membiayai majlis perkahwinan angkasawan Sheikh Muzaphar Shukor dengan kos lebih setengah juta ringgit.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Hulu Klang Saari Sungib semalam memberitahu Dewan Selangor bahawa Pengurus Besar PKNS Othman Omar dikatakan menyalahguna kuasa dengan meluluskan penajaan majlis perkahwinan itu bulan lalu.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata pihaknya meminta Transparency International, sebuah badan bebas, untuk meneliti dakwaan itu.

Siasatan oleh Transparency International akan turut memerinci aspek ketelusan dalam penyusunan semula struktur organisasi syarikat itu. 

"Ya, (kes perkahwinan Syeikh Muzaffar Shukor) kita telah berikan kepada Transperency International.

"Kerajaan Selangor dan Transparency International menjalin kerjasama untuk memastikan semua urustadbir kerajaan negeri dan anak syarikatnya dilaksanakan secara telus dan beramanah," ujar Faekah.

Saari juga turut mendakwa penyusunan kakitangan kanan PKNS itu berbaur kronisme dan harus disiasat. Dan Faekah mengulas dakwaan yang dibuat oleh Saari sedang pun diambil tindakan.

Dewan Harian PAS Selangor dalam satu kenyataan hari ini berharap tindakan segera diambil untuk menjamin kredibiliti dan kewibawaan PKNS.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosli Che Mat, PKNS adalah penggerak utama pembangunan Selangor dan tindakan tegas harus diambil jika ada bukti berlakunya sebarang penyelewengan.
-tvsnews-

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

hai nak kawin pun pakai duit orang... Ooooo sebab angkasawan negara... buat apa pun tak pa... kalau nak buat kenduri kawin 7 hari 7 malam tak cukup duit boleh ambil duit public.... dah lah sewa kapal angkasa dulu bayar pakai duit rakyat.. apa hasilnya kepada rakyat... satu malaysia kena tipu...