"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Aminulrasyid: Posisi penembak jadi tumpuan

Posisi penembak menjadi tumpuan dalam perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah berikutan keterangan bahawa tembakan yang membunuhnya dan peluru menembusi bahagian bawah kereta Proton Saga yang dipandunya.
NONEAhli kimia Shaari Desa, 43, berkata submesingun Heckler dan Koch HK MP 5 berkemungkinan terletak di paras dada apabila tembakan itu dilepaskan.

Menurutnya, penembaknya mungkin berdiri atau separa berdiri di belakang kereta, mengakibatkan peluru menembusi cermin belakang dan tempat sandar kepala kerusi pemandu.

Shaari berkata, cermin belakang tidak retak ekoran kelajuan peluru yang menghasilkan satu lubang. 
NONEMenjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar (kanan), Shaari, 43, berkata, tembakan yang mengakibatkan kematian itu, dilepaskan dari jarak lebih daripada tiga meter.

Katanya, belaiu telah menguji cermin tersebut dan bahagian belakang untuk mencari serbuk peledak tetapi menemuinya.

Menurut Shaari lagi, ia menunjukkan ia ditembak dari jarak lebih daripada tiga meter.

Saksi ke-24 itu yang dipanggil oleh pihak pendakwa berkata, satu perkara yang pasti ialah tembakan tersebut dilepas dari arah belakang kereta Proton Iswara, bukan dari arah depan atau kiri atau kanan kereta.

Semalam, Shaari memberitahu mahkamah yang beliau menemui 32 lubang peluru pada kereta tersebut.

Menjawab soalan DPP Dusuki, Shaari berkata sekurang-kurangnya 24 tembakan mengenai kereta Proton Iswara tersebut.

Menurut Shaari lagi, beliau tidak dapat menyatakannya dengan pasti, tetapi jumlahnya mungkin lebih daripada itu.


NONEPagi tadi, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar, timbalan pendakwaraya dan peguambela memeriksa hampir satu jam kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid yang penuh dengan kesan lubang peluru.

Shaari menunjukkan kepada mereka 32 lubang peluru pada kereta tersebut.

Beliau juga menggunakan batang kuning khas untuk menunjukkan perjalanan peluru - yang mengenai cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu kereta - yang membunuh pelajar berusia 15 tahun itu.

Peluru dari submesingan Heckler dan Koch HK MP 5 mengenai bahagian belakang kereta, kedua-dua tayar belakang dan menembusi bonet belakang.

Dua lubang juga dikesan pada ekzos dan dua lagi pada tangki minyak.

Mahkamah selepas ini akan meneruskan keterangan Saari.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: