PETALING JAYA, 29 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan klip video yang menunjukkan dengan jelas bagaimana polis bertindak dengan niat mendatangkan kecederaan kepada perseta himpunan aman Bersih 2.0 di KL Sentral, 9 Julai lalu.
Klip video itu dengan jelas memperlihatkan Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan anggotanya mensasarkan tembakan gas pemedih mata kearah perserta, meskipun dalam keadaan mereka telah dikepung.
Beliau juga dilaporkan tidak memberikan sebarang amaran sebelum melepaskan tembakan tersebut.
Surendren berkata, tindakan itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada perserta himpunan itu tetapi juga kepada dirinya, Pengerusi Bersih 2.0, datuk Ambiga
Sreenavasan, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Justeru, Surendren berkata, Pakatan Rakyat menolak sepenuhnya kenyataan polis sebelum ini bahaya anggota keselamatan itu hanya menggunakan keganasan paling minimum dalam meleraikan himpunan aman tersebut.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan