"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan khalwat Norman, Memey hari ini

KUALA LUMPUR: Aktor Norman Hakim dan tunangnya, Memey yang bakal disatukan pada September depan dengan tajaan perkahwinan RM12 juta perlu mendengar terlebih dahulu keputusan kes khalwat mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini hari ini.

Hakim Syarie, Salehan Yatim dijangka membacakan keputusan di akhir pendakwaan selepas mahkamah selesai mendengar dan meneliti hujah kedua-dua belah pihak.

Seramai lapan orang saksi termasuk pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS), abang Norman iaitu Mohd. Saufi dan pengadu, Muhamad Yusri Abd. Razak memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula sejak 15 Mei 2009.
-kosmo-

Tiada ulasan: