"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Chandar Sesekali Perlu Turun Dari Kerusi Roda

Mohd Sayuti Omar
Dr Chandra Muzaffar terus berkata-kata dari atas kerusi rodanya seolah-olah kerusi roda yang membawanya ke sana ke mari dengan dibantu orang tidak menghadkan pandangan dan pengamatannya. Meskipun dalam keadaan sukar bergerak bebas seperti kebanyakan orang itu Chandra membuktikan bahawa keupayaan sebenar seseorang itu ialah akal tetapi bukan fizikal.

Fizikal hanya mempamirkan kekuatan tenaga zahir seseorang itu. Tetapi akal pula menunjukkan sejauh mana geniusnya (nilai) seseorang itu. Namun pun begitu beliau harus juga menyedari dan insaf bahawa kelemahan fizikal itu boleh mencacatkan kehidupan seseorang manusia itu. Betapa ia genius hebat dan sebagainya tetapi kecacatan membunuh kesempurnaan dia sebagai manusia.

Manusia akan jadi sempurna kalau dia boleh berkata-kata mengeluarkan idea yang baik dan boleh pula berjalan dan berlari sekuat hati di atas pandang. Boleh turun ke segenap jerung bumi ini dan melihat sendiri apa yang berlaku dan bergolak tanpa mengharap bantuan daripada orang atau hanya sekadar menonton tv dan membaca surat khabar.

Melibat sendiri dalam peristiwa seperti himpunan Bersih atau berdemonstrasi jalanan lebih real daripada membaca laporan dari surat khabar ataupun mendengar penjelasan polis yang terpaksa membohongi fakta sebenar kerana sebab-sebab tertentu misalnya untuk menjaga imej pasukan atau pun diarah bercakap mengikut skrip.

Betapa meluas laporan dan cerita yang disampaikan kepada kita tetapi ia tidak sama dengan apa yang kita rasa dan alami sendiri. Ceritalah mengenai kemanisan dan kelazatan madu tetapi ianya tidak sahih selagi tidak diletak pada lidah kita.

Saya ingin mengomen sedikit tentang pandangan Chandra kepada Anwar Ibrahim. Sebelum itu saya ingin menyatakan kemusykilan saya berhubung sikap dan pendirian Chandra. Saya hairan sebenarnya kerana seorang intelektual akal seperti beliau boleh salah membuat pilihan. Mulanya dia adalah timbalan presiden Keadilan, satu-satunya orang cacat intelektual menyokong Anwar Ibrahim. Sokongan beliau pada awal itu memberi keyakinan kepada yang lain. Dalam erti kata lain Chandra menjadi aset kepada Keadilan dan menjadi kebanggaan para pendokong reformasi.

Apakah ketika itu Chandra salah dalam membuat perhitungan? Kalau salah, maka tepat apa yang saya katakan tadi, bahawa ketidaksempurnaan fizikalnya menyebabkan ia salah dan cacat dalam membuat perhitungan. Sewajarnya seorang inteletual yang menjadi pengerusi sebuah badan keadilan bertraf dunia menilai sebaik mungkin sebelum terjerumus dalam badan siasah. Sangatlah memalukan dan membahayakan kalau seorang intelektual membuat salah, kerana kesilapan itu menyusahkan banyak orang. Orang bodoh selalunya mengikut orang cerdik demikian lumrah alam.

Saya sendiri sudah meragu awal-awal lagi dengan penglibatan serius Chandra dalam politik ketika itu. Saya hanya membilang hari saja untuk melihat apa yang akan berlaku selepas itu. Saya kira keintelektualan yang ada kepada beliau tidak akan dapat menerima asakan politik yang penuh dengan game dan hipokrit. Fizikal beliau yang lemah itu boleh menerima politik, tetapi bukan akalnya. Adakalanya politik memerlukan kekuatan fizikal sekali terutamanya kalau berdepan dengan aksi-aksi politik biul seperti dilakukan Perkasa(m).

Ternyata tidak lama beliau menjujung Anwar dengan politik menerusi jawatan nombor dua dalam parti itu kemudian beliau memusing semula kerusi rodanya kembali kepada asal. Kini beliau sudah mengunci kereta rodanya atas pentas Kerajaan apa lagi sesudah kerajaan bersimpati menghulurkan berbagai bantuan untuk tujuan meningkatkan daya intelektual.

Hari ini beliau membuat analisa bahaw Anwar kini telah menjadi libaliti kepada pembangkang. DAP dan Pas jadi serba salah dengan Anwar, katanya. Tentu beliau ada teori akademiknya sendiri dengan pandangan itu. Mungkin Chandra melihat kemelut diri yang ada kepada Anwar; dituduh meliwat, video lucah dan sebagainya.

Kalau itulah andaian dibuat Chandra untuk menuduh Anwar sebagai libaliti sekali lagi beliau tersasar. Beliau tidak mengerti dan memahami politik sebenarnya. Sepak terang politik yang kontras dengan nilai tulen kemanusiaannya tidak difahami. Dalam politik tidak ada kebenaran, kejernihan jauh sekali keikhlasan. Chandra sendiri bila terbabit dengan politik menghadapi kemusnahah keikhlasan dan menipu diri sendiri. Langsung itu telah mengurangkan keghaannya selama ini.

Apa liabiliti yang dimaksudkan. Liabiliti bererti sesuatu yang boleh menyebabkan sesuatu keadaan itu terjejas kerananya. Ertinya Anwar itu boleh menjejaskan politik DAP dan Pas. Apakah hakikat itu berlaku kini? Apakah pengaruh Pas dan DAP sudah berkurangan?

Sekali lagi Chadra tersilap membuat perhitungan dan sudah pasti maklumat untuk beliau mencerakinkan pandangan itu datang dari sumber salah dan terhad. Beliau jelas mengambilnya dari pembacaan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian atau menonton Tv3 dan RTM sahaja yang selamanya akan memberi laporan yang 'renyuk' kepada pembangkang. Kalau Chandra membaca atau mencipta persepsi dari sumber media yang renyuk maka pemahaman dan akal Chandra juga akan turut menjadi 'renyuk petuk'. Kalau ini berlaku tidak salah kerana keadaan dirinya menyebabkan beliau terhad untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.

Kemampuan Anwar menjadi penyatu kepada dua kumpulan berbeza ideologi dan pendekatan (uslub) sebelum ini (Pas dan DAP), adalah asas kekuatan dan nilai Anwar hari ini. Nilai dan kemampuan Anwar inilah yang meletakkan namanya indah dalam minda DAP dan Pas. Ini sudah menjadi kenyataan dan Chandra sendiri suka tidak suka mengakuinya.

Umum menerimanya, kalau bukan kerana Anwar, Pas dan DAP tidak akan dapat bersatu. Dalam usaha ini Anwar berjaya memainkan peranan menyakinkan kedua parti itu betapa pentingnya bersama kalau mahu mengusirkan UBN dari menjadi kerajaan. Situasi dan kondisi ini masih berlaku. Anwar bejaya menakhtai usaha ini dalam membawa Pakatan Rakyat ke depan dan menjadi ratu rebutan Pas dan DAP demi kuasa.

Jadi di manakah liabiliti yang disebutkan oleh Chandra tadi? Sekali lagi saya nak ulang supaya Chandra dan sesiapa juga jelas mengenai keadaan ini. Dalam politik yang diamalkan hari ini ialah kemenangan, keuntungan. Apa saja yang boleh dijadikan modal besar untuk kejayaan politik perlu diambil. Politik Malaysia menjadi seperti daging babi di waktu darurat, ianya dihalalkan. Seandainya tahi boleh dijadikan modal orang politik tetap mengambilnya meskipun busuk.

Demikian dengan keberadaan Anwar kepada Pas dan DAP itu. Anwar umpama daging babi tadi atau macam tahi. Ia haram dari segi teori orang-orang seperti Chandra tetapi ia satu keperluan kepada Pas dan PKR dan seuatu yang perlu digunakan kerana ia menguntungkan kedua parti berkenaan. Jadi liabiliti sebenarnya dengan wujud dan hidupnya Anwar bukan kepada Pas dan DAP tetapi parti asal Anwar Ibrahim dan juga kepada Chandra sendiri.

Untuk tidak memedihkan perasaan dan akal Chandra maka beliau perlu meninggalkan konsep dan pemikiran inteletualnya - permikiran berdasarkan ilmu dan rumusan yang sedia ada tidak relevan dalam dunia siasah. Tetapi cubalah berfikir di luar kotak dan mengikut aliran politik yang rencam dan tidak pernah ada kejujuran, keikhlasan dan kebenaran itu. Sekiranya Chandra berjaya membuang kerusi rodanya konservetif saya kira beliau akan dapat mengenali wajah dan erti apa itu politik dalam erti kata sebenarnya!

Tiada ulasan: