"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Bubuh Bom Jangka Dalam Poket


Mohd Sayuti Omar
HARI ini bertempat di Dewan Merdeka PWTC Umno telah mengadakan perhimpunan khas. Himpunan itu sebagai membasuh himpunan Bersih semalam yang telah mengotorkan politik Umno dan mencontengkan politik Perdana Menteri, Najib Razak. Semua NGO dijemput menghadiri majlis penerangan khas untuk membersih himpunan Bersih semalam.

Pemberita tv melaporkan yang hadir 6,000 orang. Biarlah saya tambah 4,000 menjadi 10,000 biar jadi banyak. Salah satu NGO yang datang atau diundang ialah Pakatan Kelantan Darulnaim, (Pakatan) iani persatuan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur yang mana ketuanya bekas Pengarah DBKL Nordin Razak.

Seimbas pandang muka-muka yang ada dalam majlis itu termasuk kumpulan baju Melayu hitam dan songkok hitam. Rasa-rasanya mereka terdiri dari guru silat Melayu yang mempunyai ahli ratusan ribu. Kumpulan songkok senget juga ada. Wajah-wajah yang tertera di skrin tv nampaknya semua sudah kerepot seribu, tua dan ada yang berjalan pakai tongkat.

Bila memandang wajah itu - bukan menghina, saya teringat wajah-wajah yang muncul di himpunan Bersih semalam. Rata-rata orang muda wajahnya licin dan sumringah. Apa lagi kalau yang perempuan, keanggunan merekalah menambahkan semangat! Kekuatan mereka juga berkali ganda dengan wajah yang ada dalam Dewan Merdeka itu.

Yang hadir di dewan Meredeka itu pula seratus peratus Melayu, tidak ada pun Cina dan India. Kalau pun boleh dikatakan India ialah apabila saya ternampak Khairy Jamaluddin ada di pentas khas. Warna kulit gelap macam keling. Yang lain semulanya Melayu. Mungkin Khairy mewakili India atau mamak.

Tidak pasti pula apakah NGO yang kononnya berjuang nak pakai keris, tombak dan lawi ayam ikut sama. Rasanya ia hadir juga. Tetapi tidak pula muka ketuanya ditonjolkan mungkin beliau masih bersembunyi dibawah dapur kerana himpunan semalam. Dengan jumlah himpunan mencecah puluhan ribu membuat ketua NGO itu malu. Apa lagi himpunan anti Bersih yang dibuat oleh kalangan puaknya dihadiri 23 orang saja.

Biarlah umum kena respect kepada himpunan itu. Sebagai parti politik Umno kena mengambil langkah segera untuk membalas serangan atau mematahkan taktik Pakatan Rakyat yang telah mengeksploitasikan Bersih. Tetapi yang mungkin menjadi persoalan ialah sejauh manakah ia berhasil, atau himpunan itu mendedahkan akan kelemahan Umno dan kedangkalan politik Najib.

Dari segi angka tentulah jauh dari berjaya. Kalau 10,000 yang hadir di dewan merdeka itu ia tidak berjaya mengatasi jumlah kehadiran Bersih semalam. Lainlah kalau Najib dan Umno percaya kepada laporan untuk menyedapkan hati dan menyeronokkan jiwa, di mana media penjilat mengira himpunan itu hanya 5,000 sahaja.

Kalau Najib percaya kepada angka itu ibarat kata Najib seperti menyimpan bom jangka dalam poket seluarnya. Tidak lama bom jangka itu akan meletup dan hayat politik Najib akan jadi macam jasad Altantuya hancur lebur.

Pada saya jumlah di dewan merdeka tidak sampai 20 persen daripada jumlah himpunan Bersih semalam. Mungkin Najib atau Umno boleh menegakkan benang basah mengatakan yang hadir untuk dibersihkan minda hari ini semuanya Melayu. Betul... tetapi Umno juga check Melayu yang hadir pada himpunan halal Bersih semalam juga ramai, terutamanya anak muda. Dan kalau pun yang hadir hari ini ramai, tetapi Najib tidak boleh juga sedap dan mengira kerana walaupun himpunan Bersih semalam diramai oleh Cina dan India, mereka adalah pengundi. Mereka bukan pendatang asing Bangla atau Indonesia yang diwarganegarakan oleh Umno untuk jadi pengundi sementara.

Saya terdengar Najib secara tegas mengatakan kehadiran itu menunjukkan Melayu sudah bersatu. Najib yakin kepada apa yang ditunjukkan di dewan merdeka. Kerana itu katakan kalau keadaan ini (Melayu sudah bersatu) beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta Yang di-Pertuan Agong bubarkan Parlimen. Aduh!

Nampak yakin Najib bahawa Melayu sudah bersatu atau peratus Melayu sudah kembali kepada asal untuk Umno. Kalau yakin apa tunggu lagi nah... bubarlah parlimen sekarang ini. Pada saya apa yang diucapkan Najib itu hanya psywar sahaja untuk mengubati hatinya sendiri. Ia sebagai untuk membilas apa yang berlaku semalam saja. Harapnya Najib janganlah menipu diri sendiri dengan apa yang berlaku kelak binasa badan dan keluarga.

Jumlah kehadiran Patriot Umno yang tidak sampai 300 pada himpunan semalam memberi petanda jelas sejauh mana anak-anak muda Umno sebenarnya. Jumlah gerombolan merah yang dipimpin Khairy itu memberi jawaban sebenar akan pengorbanan mereka dan kasih kepada Umno dan Najib. Bukankah sebelum ini ahli pesilat tradisi Melayu ada 250,000 kenapa tidak dibawa turun. Atau jumlah yang bersama Khairy itu tidak diikuti sama oleh ratusan ribu ahli Perkasa(m)? Begitukah? Benarkah 50 buah bas yang disewa Perkasa(m) tidak boleh masuk atau tidak ada orang yang hendak naik bas?

Kalau begitu ini bermakna ulasan dan pandangan Najib dengan kehadiran 10,000 - jumlah yang saya tambah itu adalah tidak betul. Ulasan itu hanya untuk menyedapkan hati saja dan nak saiko orang Melayu yang di luar sana. Atau Umno buat strategi silap. Sepatutnya himpunan hari ini mencecah 100,000 barulah orang bersemangat dan mengakui bahawa sokongan Melayu kepada Umno sudah kuat dan secara tak langsung kejayaan Bersih semalam ternafi dengan sendirinya.

Atau kenapa angka itu tidak diperolehi kerana memang ahli pesilat, Perkasa(m) hanya angka atas kertas sahaja yang sengaja disebut oleh para pemimpinnya kerana inginkan projek? Selalunya projek atau bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada NGO berpandukan kepada berapa ramai ahli sesuatu persatuan itu. Nampak gayanya Najib sekali lagi kena tipu. saya sedikitpun tidak hairan kalau Najib mudah ditipu kerana pemimpin Umno Pasir Puteh pun 'semesek' tipu Najib berhubung pengambil tapak setesen kereta sewa di Pasir Puteh.

Apabila Najib mengatakan demikian saya bimbang dan kasihan kepada Najib apa yang dirasa dan dibayangkan itu akhirnya akan memakan dirinya sendiri. Sesungguhnya 10,000 itu tidak akan terlawan dengan angka yang dicapai Bersih semalam, walaupun bukan semuanya Melayu tetapi yang hadir semalam 90 peratus mereka ada satu seorang kuasa, bukan keris empat segi tetapi undi.

Justeru saya nasihatkan Najib janganlah bubarkan parlimen berdasarkan angka dan dakwaan itu saja, nanti menyesal di kemudian hari.
http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: