Muhammad Zir
Seperti demam slogan “Wawasan 2020” dan “Islam Hadhari” suatu ketika dahulu, keghairahan jenama 1Malaysia kini semakin menjadi-jadi, kadang-kadang lucu dan tak masuk akal.Yang pedih, walau pun banyak antaranya slogan kosong, ia memakan belanja besar wang rakyat untuk promosi slogan-slogan tersebut.

Sekarang timbul pula Menu 1Malaysia.
Atas nama rasminya – Program Menu Rakyat 1Malaysia – kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), ia bertujuan menyediakan pakej sarapan dan makan tengahari yang murah.
Program itu telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.
Pakej makanan itu bertujuan menjimatkan perbelanjaan makanan yang dijual dengan harga RM2 bagi pakej sarapan dengan sekeping roti canai dan segelas teh tarik manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh ‘O’ ais berharga RM4.
Harga-harga berkenaan lebih kurang sama dengan kebanyakan gerai-gerai di kawasan-kawasan Bandar sekitar Kuala Lumpur.
Kita menyanjung tinggi usaha kerajaan ini dalam membantu meringankan beban kenaikkan harga barangan terutamanya makanan setelah kerajaan memotong subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga bahan keperluan termasuk minyak dan gas.
Namun di sebalik usaha yang nampak seperti murni ini, ada sesuatu yang tidak kena dan seolah-olah menyimpang dari matlamatnya.
Hakikatnya, kita semua berdepan dengan dua perkara penting, iaitu harga barang naik tetapi gaji dan upah tidak naik. Isu sebenarnya bukan menu yang ada lauk apa, atau sayur apa.
Selagi gaji dan pendapatan keluarga tersekat di takuk lama dan tidak naik-naik sejak lama, selagi itu tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan mencengkam keluarga.
Isu yang masih belum terjawab adalah, kenaikan harga barang semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan bebanan dari gaji yang rendah.
Ini permasalahan ekonomi yang tidak mungkin boleh ditangani dengan pakej ‘menu’ makanan. Menyeragamkan menu tersebut adalah sama dengan menyeragamkan cita rasa, kehendak dan kemampuan kita. Ini tidak masuk akal sama sekali.
Malah, kalau diletakkan harga RM1 untuk sarapan atau RM3 untuk makan tengah hari sekali pun, timbul pula masalah “isi” menu berkenaan, iaitu sama ada ia berkualiti, seimbang dan berkhasiat.
Jangan permainkan harga dan kualiti makanan semata-mata mahu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap masalah rakyat. Tolonglah jangan perbodohkan rakyat lagi.
Malah ia ibarat pemerintahan komunis yang mahukan rakyatnya bekerja dengan uniform yang sama, gaji yang sama dan makanan yang sama. Selalunya DAP yang anti-komunis dituduh komunis, sedangkan kerajaan UMNO-BN yang lebih komunis caranya melayan rakyat.
Yang rakyat mahu ialah kuasa membeli dan memilih. Justeru, fokuskan kepada masalah cukai, inflasi, kenaikan harga barang dan pertumbuhan peluang pekerjaan dan kadar upahnya.
Lebih buruk daripada jenaka Pak Pandir, kerajaan UMNO-BN menunjukkan betapa “bijak” pemerintahan mereka dengan cara memotong subsidi barang keperluan, kemudian baru sedar rakyat tertekan dek kenaikan harga barang, dan selepas itu mahu kononnya membantu rakyat dengan “menu” 1Malaysia.
Kalau alasan kerajaan menarik balik subsidi ialah kerana mahu menjimatkan perbelanjaan, bukankah peruntukan tambahan untuk menjayakan “menu” ini bererti kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang lagi?
Bukankah lebih baik jika kerajaan tidak memotong subsidi barangan keperluan rakyat? Bukanlah lebih mudah jika kerajaan membenarkan kenaikan gaji di semua sektor untuk membolehkan rakyat mengurangkan tekanan inflasi?
Program Menu Rakyat 1Malaysia hanyalah slogan. Perut dan tubuh badan rakyat tidak akan kenyang dan sihat hanya dengan berslogan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan