"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk A Samad Said 'boikot' semua jemputan k'jaan

NONESasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau "tidak akan melayan" sebarang jemputan rasmi kerajaan termasuk membaca puisi dalam majlis anjuran mereka.

"Sebolehnya sekarang, saya tidak menerima jemputan daripada kerajaan," katanya ketika ditanya reaksi kawan-kawannya dalam kerajaan selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

"Saya tidak fikir, (saya) dipulaukan. Tetapi kalau dijemput sementara ini, saya tidak akan layan. Kalau oposisi menang, saya layan."

Bagaimanapun, sasterawan 76 tahun itu berkata, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan daripada BN kepada Pakaran Rakyat, beliau akan menerima jemputan tersebut.

Ditanya sama ada tindakan beliau sebagai 'mogok seni' kali kedua, A Samad yang terkenal dengan novel Salina itu berkata:

"Saya tidak tahulah tu. (Saya) tak tahu," katanya sambil ketawa sinis.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: