"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Artis kita jadi Islamik!

MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN
KERAJAAN tidak mengambil peduli langsung sama ada artis mempunyai kesedaran tentang Islam atau tidak, malah mereka lebih suka para artis berada di dalam situasi yang ada sekarang, tegas pelakon dan pengarah drama tv, Man Kadir Shamsi atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.

Menurutnya, jika Islam itu disemai dan artis mendapat kesedaran sudah pasti Umno-BN akan tergugat dan tidak mendapat sokongan daripada golongan itu. Mereka boleh jadi Islamik

Tetapi, masyarakat artis tidak pernah didedahkan dengan agama oleh pihak yang bertanggungjawab, jika adapun, hanyalah majlis tahlil dan bacaan yassin untuk artis yang telah kembali ke Rahmatullah.
Segelintir mereka, tegasnya, dilihat hanya menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, bayar zakat fitrah malah ada yang menunaikan fardhu haji ke Makkah.

“Tetapi soal kewajipan yang lain umpamanya menutup aurat, pergaulan, pertuturan dan konsep pengkaryaan tidak didedahkan.

“Sekarang ini barulah perkara yang sedemikian mula mendapat perhatian apabila ada artis yang mula berdakwah, menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Pendakwah yang dihantar oleh kerajaan hanya sekadar menyampaikan Islam pada sambutan doa selamat atau sambutan maulid sahaja tanpa menyentuh kepada keseluruhan Islam yang sebenar kepada golongan artis.

“Umpamanya bercakap politik suku, agama suku ia tidak diterangkan dan dijelaskan kepada mereka.

Malah pemerintah tidak mahu menceritakan hal ini kerana jika mereka menjelaskan hal ini ia akan memukul diri mereka balik,” jelas Man Kadir.

Pak Jabit adalah nama popular Man Kadir setelah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid meletup tayangan. Ia diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd.

Pemikiran artis yang ada sekarang ini katanya, bukanlah seperti “ortodok” malah dengan adanya internet, facebook mampu memberi maklumat dan merangsang perubahan minda mereka.

“Jika kita seorang pengarah Islam, kita perlu tunjukkan peribadi kita sebagai Muslim yang baik dengan menunaikan tanggungjawab agama seperti solat, puasa dan seumpamanya.

“Dengan itu orang akan melihat diri kita dan insya-Allah artis yang ada akan mencontohinya apabila kita mula berdakwah kepada mereka,” ujarnya.

Man Kadir juga berharap kepada artis yang telah mula mendekati Islam dan mengamalkannya janganlah pula menghentam kepada mereka yang masih tidak sedar.

Sebaliknya pinta beliau hendaklah golongan artis yang mendekati Islam itu mengajak artis tadi dengan hikmah dan memberi contoh yang baik.

Tiada ulasan: