"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Air Asia diberi RM250 juta subsidi

Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kerajaan membayar sebuah syarikat penerbangan tambang murah RM250 sebagai subsidi operasi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata kerugian itu adalah bagi tempoh 1 Ogos 2006 hingga 30 Sept 2007 yang ketika itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Fly Asian Xpress (FAX), anak syarikat kepada AirAsia.

"Kerugian itu termasuk tanggungan sewa pajakan bagi pesawat-pesawat yang digunakan untuk RAS," katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) yang ingin tahu mengenai jumlah subsidi yang diberikan kepada AirAsia semasa melaksanakan RAS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jelaing berkata pengendalian operasi RAS itu terpaksa ditukar dan diberikan kepada MASWings Sdn Bhd, anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selepas menerima rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan FAX.

Katanya di bawah pengendalian MASWing, kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak 50 peratus perbelanjaan subdidi untuk operasi RAS itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: