"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Menteri Pengangkutan Akan Sertai PAS?

siasahkini

Saya yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia menerima bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat menjadi ahlinya.

Bekas Presiden MCA itu tidak perlu takut dan segan untuk menyertai PAS melalui  DHPP kerana ternyata sayap baru PAS itu semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam untuk dijadikan wadah perjuangan mereka.

PAS terkenal dengan sikap terbuka dan professional. Saya yakin jika Tee Keat bersama-sama dengan DHPP pengalaman dan kredibiliti beliau tidak akan disia-siakan.

Tee Keat boleh memilih kawasan mana yang beliau ingin masuki malah beliau boleh kekal d kawasan Pandan sendiri. Jika kawasan itu belum ditubuhkan DHPP saya yakin beliau boleh mengasaskan DHPP Pandan dan menjadi ketuanya.

Beliau kena sedar bahawa dirinya telah dibuang dan tidak ada tempat lagi dalam MCA dan BN. Bekas Menteri Pengangkutan itu dilihat lebih bersifat seorang Ahli Parlimen bukan BN dalam parlimen dengan teguran-teguran tajam dan sinis terhadap BN sejak kebelakangan ini.



Sumber disini

Tiada ulasan: