"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya

Harakahdaily
(Setev [kiri sekali] dalam sidang media di pejabat Suaram hari ini)
KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.

Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini.

Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar.

"Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau.

"Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya.

Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.

Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.

Tiada ulasan: