"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ni La Manusia Anti Islam yang Umno Bagitau!

siasahkini

Lagi kerja gila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang memalukan Melayu UMNO dan Perkasa Pulau Pinang... Satu lagi ancaman kepada Islam di Pulau Pinang. (Klik Sini)


Ketua Pemuda UMNO "Melayu" dan gerombolannya wajib menentang satu lagi kerja gila yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng. Jikalau perlu Perkasa dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini perlu menggerakkan keseluruhan Melayu UMNO Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan terbaru Ketua Menteri yang ternyata "Anti-Islam" ini.
Tergamak sungguh Guan Eng menggantikan bangunan 2 tingkat yang selama pemerintahan BN/Gerakan digunakan sebagai mahkamah syariah, mahkamah rayuan... Sebaliknya Lim Guan Eng telah menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Menteri untuk memberikan sebidang tanah milik kerajaan negeri yang bernilai rm73 juta ringgit untuk dibina sebuah kompleks mahkamah syariah setinggi 7 tingkat bernilai RM36 juta di Jalan Scotland.

Dan yang lebih menyedihkan lagi, tender pembinaan kompleks mahkamah ini diberikan kepada syarikat bumiputer melayu tulen (bukan mamak) iaitu Ihsara Sdn Bhd.. Yang tiada kena mengena dengan UMNO...

1 ulasan:

Unknown berkata...

cantik bro. pendedahan utk manafikan tohmahan umno