PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat oleh jurugambar profesional Shahrina Ahmad Sharkawi ekoran salah guna gambar yang diambil beliau oleh pengguna laman media sosial, Facebook.
Shahrina membuat laporan di Balai Polis Serdang pada hari Jumaat lalu setelah terserempak dengan gambar tersebut pada hari Rabu lepas.
“Lepas saya lihat gambar tersebut, mula havoc dan pertengkaran di bahagian komentar (Facebook).
Pengguna tersebut dikenal pasti sebagai Faiz Maya.
Gambar pertama ialah gambar Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail II. Ia menggambarkan baginda berjubah putih dan berkopiah keluar dari masjid setelah menunaikan solat.
Gambar kedua juga menampilkan Sultan Muhammad berjalan di hadapan surau sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu, Kelantan.
Gambar ketiga pula Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Baginda digambarkan mempunyai dua pembantu yang mamakaikan kasut untuknya.
Faiz di dalam laman Facebooknya turut menyertakan hadis Nabi Muhammad saw sebagai renungan dan muhasabah diri di bawah gambar–gambar tersebut.
Shahrina di dalam laporan polisnya menyatakan: “Gabungan gambar ini menggambarkan perbandingan antara seorang Sultan yang zuhud dengan seorang Tengku Mahkota.
Shahrina telah membuat laporan polis agar tidak dikaitkan dengan salah guna gambar yang diambil beliau.
“Memandangkan gambar ini kian menimbulkan kontroversi, saya membuat laporan ini sebagai langkah penafian dan langkah membela diri sekiranya ada apa-apa tindakan dari mana-mana pihak terutama pihak negeri Johor dan negeri Kelantan.
“Saya juga telah membuat pengakuan tidak ada kaitan dengan gambar Tengku Mahkota Johor di FB.
“Saya menulis dengan hormatnya saya tidak bertanggungjawab atas gambar ini.
“Saya akui gambar Sultan Muhammad V itu memang saya yang rakam tetapi, saya tidak tahu menahu tentang gambar Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang disertakan,” kata Shahrina di dalam laporan polisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan