Blog Ibn75.wordpress.com
PENGERANG – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor hari ini mempersoalkan tindakan kerjaaan BN mengambil alih tanah penduduk yang terlibat dengan projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
Pengerusinya, Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, hanya 5,000 ekar sahaja yang terlibat dengan RAPID sedangkan pengambilalihan itu melibatkan tanah 25,000 ekar.
”Kerajaan memaklumkan akan mengambilalih tanah seluas 25,000 ekar demi pembangunan Projek Petrokimia itu. Tetapi merujuk kepada kajian PKR, Projek ini cuma perlu 5,000 ekar tanah. Kami mempersoalkan tujuan kerajaan ini.
”Kerajaan cuma bagi ganti rugi sebanyak RM2.80 sekaki persegi. Jumlah yang bergitu kecil ini cuma mampu beli tiga keping roti canai, bagaimana penduduk dapat terima ganti rugi yang bergitu tidak munasabah?” katanya lagi yang dipetik Sinchew Daily menerusi laman Facebook Keadilan Johor.
Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan itu telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan kedatangannya ke pekan itu adalah bertujuan ingin memperkenalkan PKR.
Disamping itu, ia dilakukan sebagai kempen bagi menggalakkan penduduk di sana supaya menghadiri himpunan hijau pada 30hb September ini.
Sementara itu, seorang tenaga penggerak badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Teo berkata, kesengsaraan yang dihadapi penduduk yang terlibat dengan projek ini tidak diketahui umum.
Oleh itu, dakwanya para penduduk sewajarnya diberikan nilai pampasan yang lebih tinggi berbanding dengan yang sedia ada.
”Menurut undang-undang Tanah Negara, penduduk tidak boleh bantah pengambilalihan oleh kerajaan. Mereka cuma boleh menerima pampasan atau menuntut pampasan yang lebih tinggi sahaja,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan