Blog Ibn75.wordpress.com
JOHOR BAHRU – Keadaan UMNO-Barisan Nasional (BN) negeri ini dilihat semakin kritikal setelah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman yang serius ingin mempertahankan 26 kerusi di Johor.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dengan katanya, UMNO boleh berbangga dengan kesetiaan penyokongnya di kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, UMNO wajar ‘berpijak di bumi yang nyata’ kerana kawasan di bandar lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Suhaizan berkata, daripada 1.5 juta yang diwar-warkan oleh penyandang DUN Serom itu sebagai anggota parti bukan semuanya memberikan komiten kepada UMNO.
”MB Johor YAB Dato’ Abdul Ghani Othman berkata separuh pengundi (1.5) juta adalah anggota BN.
”Parlimen di kawasan kampung memang hampir separuh anggota BN tapi tidak di kawasan bandar.
”1.5 juta anggota BN Johor belum tolak anggota yang telah, sedang dan akan khianat kepada BN dalam PRU 13.
”Dalam tangan saya sahaja sudah beratus anggota BN Johor akan berjanji akan tolak BN dalam PRU 13,” katanya lagi.
Suhaizan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar Pengerusi BN negeri yang bertekad ingin mempertahankan kesemua 26 kerusi parlimen yang menjadi sumber kekuatan kepada BN menubuhkan kerajaan di Putrajaya.
Ghani dilaporkan berkata, BN Johor turut berikrar untuk bekerja keras dalam memastikan sokongan padu diraih dari segenap pelusuk negeri.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat melalui kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebelum ini menegaskan pembangkang menyasarkan 18 kerusi parlimen akan jatuh ke tangan mereka pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan