"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kami tak ada romen-romen sebelum kahwin - Isteri MB Selangor


Aidila Razak
NONE
Membesar di dalam rumah Tan Sri Khalid Ibrahim bermaksud hari lahir tanpa barang permainan.

Sebaliknya, bercakap dalam persembahan video semasa pelancaran buku ayahnya, Siti Izatul Hawa berkata, hari jadi bermaksud pelaburan untuk masa depan.

"Kami dapat amanah saham," kata Siti Izatul disambut gelak ketawa daripada bilik yang turut dihadiri rakan taulan dan anggota keluarga menteri besar Selangor .

Terkenal dengan perbelanjaan berhemah sebagai pentadbir negara, bapa yang tegas itu kali ini tampak ceria.

Turut kelihatan anak kecil dua tahun Muhammad Arif Fitri, ibunya Siti Aida Fitri dan saudara perempuan Siti Zaharah dalam majlis perlancaran buku Fearless: From Kampung Boy to CEO oleh isteri meteri besar Salbiah Tunut.

Jarang-jarang disaksikan, ucapan Salbiah mengimbau kenangannya bersama Khalid, termasuk bagaimana mereka mula-mula bertemu.
NONE
"Kami bertemu di Kuantan. Tak ada 'romen-romen'. Saya beritahu dia, kamu nak saya, kamu kena jumpa ibu, jadi dia minta pada orang tua saya untuk berkahwin.

"Kami bertunang pada bulan Ramadan dan tiga bulan selepas itu kami berkahwin," katanya.

Perkahwinan itu kini kekal sehingga 40 tahun lamanya.

Tiada ulasan: