"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa Najib begitu bimbang Johor?


Mazlan Aliman
SEMALAM YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak datang ke Johor merasmikan Mesyuarat Agong bahagian2 sekitar Daerah Johor Baharu. Beliau mempertegaskan komitmen untuk mempertahankan Johor sebagai kubu terkuat Umno. Umno lahir di Johor, kata beliau.

Najib sempat memberi contoh kejayaan Kerajaan membangunkan Felda dan projek Petrokimia di Pengerang. Beliau membidas pembangkang yg kononnya mahu menjadi hero dalam isu FGVH.

Ucapan Najib disambut oleh YAB Dato' Abd Ghani Othman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor. Beliau menceritakan sejarah kekuatan Umno dan lemahnya Pembangkang.

Saya akui memang Johor KUBU Umno/BN sudah sekian lama. Namun, adakah ia boleh bertahan buat selama2nya?

Hebatnya Kuasa pemerintahan Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Muamar Gaddafi, Suharto dan Marcos; di mana mereka pada waktu ini?

Beberapa hari yang lalu, seorang pegawai Kedutaan Jepun, En Soegami bertemu saya dan pimpinan PAS Johor di Johor Baharu. Lebih sejam perbincangan. Menariknya, bila ditanya kenapa beliau bertemu kami pimpinan PAS.

Dia menyatakan bahawa banyak maklumat, analisis dan gambaran menyebut Johor dan Negeri Sembilan adalah antara negeri paling panas yg menjadi pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Berlatar belakang negeri yang penduduknya bercampur2, situasi kritikal pengundi Cina dan anjakan pengundi melayu dengan isu kos sara hidup, rasuah, isu FGVH dan projek RAPID Pengerang; Pakatan Rakyat punya potensi besar di Johor PRU 13.

Bagi saya biarlah Najib dan Ghani kekal dengan keangkuhannya. Kuasa pemerintahan adalah milik Allah. Turun naik, jatuh bangun sesebuah kerajaan; manusia tiada hak untuk tentukan. Meskipun Najib dan Ghani boleh kerah jentera kerajaan, arah polis, rasuah rakyat, upah samseng dan apa sahaja....kalau memang sudah sampai masanya BN Johor tumbang dlm PRU 13, apa jaminan Najib dan Ghani?

Bagi kita, Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik. Masanya sudah tiba bagi rakyat melakukan tranformasi terbesar utk mengubah kerajaan. Ia bukan mustahil bagi orang Johor!

Teringat kata2 YAB Tuan Guru Nik Aziz dlm satu majlis di Sg Benut Johor lebih 15 tahun dulu; 'Johor memang KUBU Umno tetapi yakinlah, suatu hari nanti akan menjadi KUBUR bagi Umno!'.....

Adakah PRU 13 ini, ungkapan Tok Guru Nik Aziz jadi kenyataan?

P/s perbincangan Mr Suegami dengan pimpinan PAS Johor, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Aminulhuda Hassan, Ghazaly Ayub dan Hj Nazari Mokhtar.

Tiada ulasan: