"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budaya samseng umporno merebak ke universiti

Harakahdaily
PETALING JAYA: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto didakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 4 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.

Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.

Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.

Serangan itu menyebabkan beliau luka dan lebam di bahagian muka.

Menurut rakan serumahnya, Syis Abdul Kadir yang juga Presiden PMIUM, mereka hanya mengetahui kejadian itu apabila menyedari Edikoup terbaring dipintu rumah awal pagi tadi.

"Dia tak cerita apa-apa dan kami nampak dia terbaring di hadapan pintu rumah. Dia kata rasa sakit di muka dan badan. Dan baru pagi ini dia sedar dan menceritakan kepada kami apa yang yang telah berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Edikoup di Balai Polis Seksyen 17, Petaling Jaya berkenaan serangan tersebut.

Edikoup kini juga berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Syis lagi, Edikoup ada menceritakan bahawa dia ada menerima beberapa kali ugutan oleh samseng sebelum dia diserang

"Kali pertama semalam dua samseng datang ke rumah dan menguugut dengan berkata "kau ingat apa yang kau dah buat" dan mengugut akan melanggar beliau.

"Kali kedua ketika di Jalan Mahameru juga dua orang samseng datang ugut benda sama kira-kira jam 12 malam tadi," katanya.

Menurut Syis lagi, Edikoup kini masih dalam keadaan trauma dan beliau masih belum mahu berjumpa dengan sesiapa.

Tiada ulasan: