"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis, jangan masuk campur urusan politik

K Pragalath
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat laporan polis terhadap seorang pegawai polis Bukit Aman pagi tadi.

Menurut Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, pegawai berkenaan Karunanithi dan seorang lagi pegawai polis telah menyampaikan satu taklimat kepada ibu bapa dan pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Semenyih.

Tambah beliau, para pegawai berkenaan memfitnah PSM dengan dakwaan bahawa parti itu mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaysia dan sedang berusaha menyebarkan fahaman komunisme.

Aktiviti PSM didakwa berada dalam kawalan polis.

Gambar enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun lepas didakwa turut digunakan semasa taklimat tersebut.

Dalam laporan polis tersebut Arutchelvan menjelaskan bahawa tuduhan memerangi Yang Di Pertuan Agong terhadap enam aktivis PSM telah digugurkan.

`Perhimpunan Bersih’

Malah keenam-enam aktivis tersebut telah menyaman Ketua Polis Negara dan 80 anggota polis lain kerana penahanan tidak sah.

“Mereka juga menasihatkan para ibu bapa dan pelajar agar tidak menyertai perhimpunan Gabungan Piilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kerana aktiviti yang dijalankan tidak berguna dan menyusahkan rakyat,” kata Arutchelvan dalam laporan tersebut.

Berikutan itu, PSM menggesa pihak polis agar menumpukan perhatian terhadap usaha pengurangan jenayah.

“Polis tidak boleh melibatkan diri dalam politik. Mereka sepatutnya menumpukan perhatian terhadap usaha pengurangan jenayah.

“Sepatutnya mereka bertindak secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka dipergunakan untuk propaganda negatif,” kata Arutchelvan setelah membuat laporan polis terhadap anggota polis yang menyebarkan dakyah terhadap partinya.

Tiada ulasan: