"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu: Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov ditunda

Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012.

Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu berkata, bagaimanapun Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pelancaran himpunan itu pada tarikh yang sama di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan.

“Himpunan kebangkitan rakyat ditangguhkan kerana pada waktu itu stadium digunakan untuk Piala Suzuki.

“Maka kami akan mohon untuk anjurkan semula Himpunan Kebangkitan Rakyat di Bukit Jalil pada tarikh 12 atau 19 Januari tahun depan.

“Kami harap dapat kerjasama semua pihak termasuk penyelenggara stadium menghormati permintaan ini selaras dengan saranan kerajaan supaya diadakan himpunan di stadium berbanding di jalanan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

50, 000 peserta

Mat Sabu berkata, pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya 50,000 peserta membanjiri Padang MPS dengan berpakaian sama ada warna kuning yang melambangkan perjuangan Bersih, manakala hijau mewakili alam sekitar, merah (tuntutan royalti minyak petroleum ‘R’), atau oren (perjuangan Anak dan Felda).

Bakal dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, beliau berkata pelancaran himpunan itu masih mengekalkan tujuan utamanya iaitu menyokong tuntutan lapan perkara yang sebelum ini dituntut bagi menambah baik sistem pilihan raya, bermula 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Sementara itu Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada MPS dengan jaminan ianya satu himpunan yang aman.

“Kita harap MPS tak halang kami daripada menggunakan padang itu,” katanya.

Tiada ulasan: