"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ust Nasha Semakin Celaru, Cari Alasan Untuk Dipecat?

WFAUZDIN NS
LEPAS satu, satu hal yang ditimbulkan oleh Us Nasha semenjak beliau tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PAS. Perbalahan hebat di antara beliau dengan Karpal Singh juga bermula selepas beliau tidak memegang jawatan tersebut, sedangkan beliau bukan tidak tahu pendirian DAP selama ini di dalam beberapa isu berkaitan hukum Islam.

Sewaktu Us Nasha memegang jawatan Timbalan Presiden PAS untuk beberapa tahun, adakah beliau merasakan waktu itu DAP berbeza dari DAP sekarang? Mengapa waktu itu beliau tidak berkokok seperti sekarang? Hilang sahaja jawatan, beliau sudah tidak tentu hala pendiriannya, asyik menuding jari ke hulu ke hilir, sekejap tuding kepada DS Anwar, sekejap lagi kepada Karpal Singh. Dan, yang terbaru beliau mendakwa ada golongan (dimaksudkan DAP Sarawak) yang berdoa agar negara ini menjadi sebuah negara Kristian. Baca kenyataan beliau seperti yang dipetik di dalam Malaysiakini;

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini. "Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya (Malaysiakini).

Jika beliau ada bukti yang kukuh, mengapa sekarang beliau timbulkan sedangkan Pilihanraya Sarawak sudah berlalu lama? Dan, mengapa beliau tidak mengemukakan bukti kukuh itu paling tidaknya kepada Majlis Syura di dalam PAS agar PAS boleh melakukan penyiasatan dan mengambil apa jua tindakan yang perlu? Tidakkah tindakan melalui parti lebih berkesan daripada beliau berkokok seorang diri di khalayak ramai? Apa motif beliau? Untuk dilihat menjadi hero lebih hero daripada Presiden JATI? Mungkin beliau tidak mahu mengemukakan bukti beliau itu kepada parti kerana sudah tidak yakin lagi dengan parti yang beliau dokong sekarang. Jika benar begitu, tunggu apa lagi? Us Nasha boleh keluar dari parti dan bawa segala bukti yang beliau ada itu kepada Umno atau JATI, kemudian kita lihat apa yang kedua-dua sekutu itu boleh buat dengan aduan Us Nasha.

Samada perbuatan mendoakan negara ini menjadi sebuah negara Kristian itu merupakan satu kesalahan atau tidak, itu kita tidak tahu. Tetapi, sebagai umat Islam mengapa kita takut sangat dengan doa orang-orang bukan Islam? Us Nasha yakinkah dengan doa-doa mereka dari doa-doa orang Islam? Mengapa kita tidak perbanyakkan doa kepada Allah untuk selamatkan negara ini dari ancaman musuh-musuh Islam? Musuh-musuh Islam bukan hanya sebilangan dari orang-orang bukan Islam sahaja, tetapi terdapat juga musuh-musuh Islam di kalangan orang-orang Islam itu sendiri.

Soal umat Islam kena bersatu padu ini bukan baru dilaungkan. PAS tidak pernah lekang mulut mengajak umat-umat Islam bersatu atas dasar Islam, begitu juga Umno. Bezanya Umno mahu bersatu atas dasar Melayu, tambah pelik lagi bersatu yang difahami oleh Umno adalah penyatuan Umno-PAS sahaja. PKR tidak perlu diajak bersatu kerana bagi Umno mungkin PKR ini tidak ada langsung orang-orang Melayu dan Islam di dalamnya. Di sini jelas dapat dilihat siapa sebenarnya yang tidak mahu bersatu, dan pihak ini lah yang sepatutnya Us Nasha dakwahkan.

Jika benar Us Nasha ikhlas untuk membela Islam, beliau harus bertindak dengan lebih bijak. Selaku Ahli Majlis Syura dan ahli PAS, beliau harus mendahulukan partinya terlebih dahulu untuk menyuarakan sesuatu yang dianggap sensitif, bukannya berkokok di dalam media melainkan beliau sudah tidak yakin lagi dengan kewibawaan PAS. Jika begitu, Us Nasha mahu tunggu apa lagi? Mahu tunggu dipecat? /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Nasha ni memang sejenis dengan spesis Asan akidah yang melihat hanya dia sorang yang cerdik dan alim. Orang lain semuanya bodoh. Sudahlah Nasha jangan dok mengarutlah.....kalau gentleman istiharkan diri keluar parti dan. Serah surat keluar Parti. Senang cerita. Ada pun tak menambah, takda pun tak berkurang!Ajaklah sekali penyokong untuk masuk UMNO kalau dah UMNO tu lebih baik perjuangan Islamnya dari PAS. Ada berani? Takkan nak kena tendang dulu baru nak keluar?