"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakaman samseng Umno serang dan tampar orang tua

MiLoSuaM
LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren - Selamatkan FELDA tempoh hari rujuk sini juga ~ Samseng Upahan Umno.
Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.
Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.

Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, ayam itek lembu dan kambeng supaya mereka semua tahu bahawa parti samseng Umno akan menghuru-harakan negara ini jika mereka dibiarkan terus memerintah.

Mahasiswa dilarang berpolitik, mahasiswa berpolitik ditangkap masuk penjara. Mat rempit, kutu berahak dan samseng pula yang Umno bela untuk berpolitik maka jadilah politik kurang ajar, politik samseng, politik pukul orang, politik baling cat dan sebagainya.


ReJaM© "Ajak berdebat lari lintang pukang sembunyi belakang Rosmah... "


Peringatan penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.

Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!

Tiada ulasan: