"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak faham TV 3, patutlah orang gelar TV 3 suku!

senik

Assalamualaikum,, ..

Malam semalam terlihat secara tidak sengaja satu rancangan siaran TV 3 tentang liputan kemusnahan GAZA akibat perbuatan ganas Israel. Dalam liputan itu, juruhebahnya bercakap dengan penuh tawadduk dan menampakkan ciri ciri iman yang teguh kepada ALLAH, di mana antara yang dipaparkan ialah keajaiban Al Quran yang tidak musnah dalam bangunan yang runtuh berkecai.

Keajaiban ini membuktikan kebesaran ALLAH dan benarnya janji ALLAH untuk memelihara Al Quran serta sepatutnya memberi keinsafan yang mendalam kepada semua umat termasuk pengendali TV 3 agar sentiasa mematuhi perintah ALLAH serta meninggalkan apa yang dilarang dalam semua perkara termasuk penyiaran. Antara yang dilarang ialah berbohong dan menyebarkan pembohongan serta mempertahankan kezaliman dan kebathilan. Akan tetap, TV 3 nampaknya langsung tidak mendapat tarbiyah dari rancangan siarannya sendiri. Tak ubah macam orang tiga suku!

Sebelum dan selepas siaran itu, TV 3 tetap bengap dengan gaya dan penampilanya yang banyak mengikut pengaruh yahudi. Pembaca berita wanitanya ramai yang mendedahkan aurat, berita yang disampaikan pula penuh dengan dakyah dakyah pemerintah. Pembohongan yang digalakkan pemerintah menjadi initipati siaran beritanya. Berita berita yang menyanggah pemerintah tidak langsung diberi ruang, seolah seolah pemerintah sentiasa betul dan benar. Apakah perjuangan rakyat Palestin itu selari dengan dasar pemerintah negara?

Kenapa penjualan minyak sawit yang diharamkan ugama oleh FELDA kepada Israel tidak dilapurkan?

Apa sebenarnya tujuan menyiarkan tentang kekejaman yahudi yang memang sudah dijelakan ALLAH dan RASULnya kalau enggan mangambil pengiktibaran darinya?Apakah ini merupakan sebahagian sikap pragmatis pemerintah yang diterjemahkan oleh TV3? Umat Islam tidak sepatutnya disogokkan dengan berita berita sebegini yang double standard. Di satu pihak menegaskan kepeluan jihad menentang yahudi, tetapi menyokong dan menggalakan umat menyokong orang orang yang berperangai dan bersikap seperti yahudi dari kalangan umat Islam dari rumpun melayu sendiri.

Enggan mematuhi perintah ISLAM secara syumul, menjadi slogan dan etika TV 3 serta mengesahkannya sebagai alat penyebar propaganda pemerintah dan sebagai stesyen penyiaran tiga suku yang seharusnya ditolak oleh semua orang orang yang beriman.

Kita mahukan penyiaran yang istiqamah. Menyiarkan berita yang benar tanpa mengira sumbernya dan menyeru kepada kebaikan serta menolak kemungkaran(yang turut termasuk kezaliman dan kebathilan).

Tiada ulasan: