"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Artikel TheEdge Buatkan Khairy Naik Angin!!

laniismaa
TheEdge-Edge Financial Daily14 Disember lalu menyiarkan artikel yang menyatakan UMno adalah pencetus 13 Mei 1969. Ini membuatkan Khairy naik angin dan menggesa TheEdge menarik semula semula.

KUALA LUMPUR: Edge Financial Daily digesa menarik semula artikel yang disiarkan akhbar itu berkaitan tragedi 13 Mei 1969 kononnya tercetus hasil rancangan parti tersebut.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, artikel berunsur tuduhan dan sentimen semata-mata itu sengaja disiarkan dalam usaha akhbar tersebut mencetus provokasi terhadap parti Melayu terbesar berkenaan.
Beliau berkata, tragedi berdarah itu merupakan detik hitam buat negara dan perlu dijadikan iktibar bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah rakyat keseluruhannya.

“Sejarah sudah tercatat berhubung apa yang berlaku dalam tragedi berkenaan dan semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkannya berlaku.

“Tindakan menyalahkan UMNO tidak boleh diterima langsung. Bukan sahaja tidak masuk akal, malah tersasar daripada fakta sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan Edge Financial Daily versi tempatan tulisan Mohsin Abdullah pada 17 Disember lalu yang menyatakan tragedi 13 Mei 1969 dirancang UMNO sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Jelas Khairy, mana-mana pihak yang mahu menyiarkan artikel berkaitan isu sensitif seperti tragedi 13 Mei sepatutnya merujuk kepada fakta sejarah terlebih dahulu dan bukannya membuat kesimpulan berbentuk partisan.
Kata beliau, sebarang penilaian atau tuduhan sedemikian seharusnya diperhalusi sebaik-baiknya serta dengan penuh bertanggungjawab supaya tidak mengelirukan rakyat.

Menurutnya, fakta sejarah jelas menunjukkan tragedi itu tercetus ekoran perarakan penuh provokasi penyokong pembangkang selepas berjaya memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
“UMNO mengecam sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan melihatnya sebagai salah satu unsur provokasi. Kami mendesak artikel berkenaan ditarik balik segera,” katanya. – Utusan Malaysia
Tak mengaku!! Ganas dan samseng amat sesuai dengan UMno. Ini salah satu bagaimana tindakan jahat dan ganas UMno membakar jambatan sehingga 200 pengundi tak dapat keluar mengundi pada tahun 1969. Rujuk tulisan MSO, Pembakaran Jambatan Antara Simbol Kejahatan Umno dan yang terkini video UMno ganas dengan menampar warga emas…[SINI]
TheEdge

Tiada ulasan: