"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekida ni pertubuhan dakwah Islam sesat ke? cuba baca

Pekida bantah perhimpunan di padang MBKT
Pekida bantah perhimpunan di padang MBKT Ahmad Sukri (tiga kanan) bersama sebahagian ahli Pekida Kuala Terengganu menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Daerah Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah usaha pihak tertentu yang mahu mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.

Bantahan dan demonstrasi aman yang diadakan di padang Majlis Bandar raya Kuala Terengganu (MBKT) itu disertai kira-kira 150 ahli Pekida Daerah Kuala Terengganu.

Kumpulan itu kemudian berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terletak 300 meter dan membuat laporan polis kira-kira jam 3.30 petang.

Pengerusinya, Ahmad Sukri Abdullah, 50, ketika ditemui media berkata, bantahan tersebut sebagai menyatakan kebimbangan terhadap gerakan dipercayai merancang mahu menggulingkan kerajaan pilihan rakyat pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan haram tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan ketenteraman.

“Kami mohon pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak penganjur dan dalang perhimpunan ini. Kami juga menyeru kepada orang ramai, belia dan beliawanis supaya tidak terlibat dalam perhimpunan.

“Perhimpunan ini hanya akan menyebabkan kesan negatif kepada semua,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana usaha untuk menggulingkan kerajaan itu boleh menimbulkan kacau bilau dan menggugat keselamatan negara.

Hal tersebut turut disokong oleh Penasihat Pekida Daerah Kuala Terengganu, Noor Adzmy Mohamad, 61.

Noor Adzmy berkata, sekiranya perhimpunan tetap diadakan bukan sahaja gugat keamanan negara tetapi turut mengganggu aktiviti perniagaan di sana.

“Tindakan sesetengah pihak mahu mewujudkan suasana tidak tenteram dengan mengadakan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan atau mana-mana individu terbabit khususnya penganjur wajar dikenakan tindakan,” katanya.

Perhimpunan bantah naik harga barang P*kida ni bantah tapi konsert ambang tahun baru buat tak tahu. Telan pil kuda ke ape? Pertubuhan Dakwah Islamiah ape ke bende ni?

2 ulasan:

Unknown berkata...

Yang saya ingat, kawan2 yang terdiri dari Ayahanda2 tak kurang dari sepuluh kali merekeka menyajak saya masuk PERKIDA/3 LINE. Tapi maaf. Memanglah hasrat mereka murni, tetapi semua orang tahu peningnya mereka ini.

1. Geng tarik kereta.
2. Lari anak dara orang.
3. Samsing.
4. Balaci politik.
5. Berbagai lagi.

Sayang dengan jumlah ahli yang seramai itu, banyak perkara2 yang mereka boleh buat untuk kepentingan ahli2nya. Saperti

1. Ujud Koperasi & jana ekonomi.
2. Mencebur diri dalam projek
pembuatan, terutama sekali
makanan. Contohnya kalaulah
mereka buat kicap, 1 ahli
beli 1 botol sebulan, jualan
bulanan mereka sudah 1 juta
Waw...

3. Slogan Amal maaruf nahi
mungkar. Kalaulah mereka hayati
ikrar tersebut sesungguhnya,
Islam dalam negara ini sudah
tentu akan lebuh subur.

Sayang sekali mereka hanya mampu menjadikan diri mereka langau2 yang busuk.

Unknown berkata...

Bila pula rakyat majoriti pilih kerajaan untuk tindas diri sendiri?
Kan BN kerajaan undi yang diperolihi 47% je?
Jadi kerajaan tipu.