Jagung berwarna-warni ini sebenarnya wujud dan bukanlah hasil daripada manipulasi perisian Photoshop. Sekali pandang jagung ini nampak seperti mainan atau palsu namun pada hakikatnya jagung ini adalah asli dan dipanggil "Gem Class" dan berasal daripada Oklahoma Amerika Syarikat

Seorang petani yang dikenali sebagai Carl Barnes telah menghasilkan jagung berwarna warni ini setelah membuat penyelidikan selama beberapa tahun.
Jagung unik ini dikatakan terjadi terjadi selepas Carl menyedari yang setiap jagung itu mempunyai biji yang berlainan warna dan kemudian bertindak mencantumkan benihnya sehingga menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna yang menarik




Tiada ulasan:
Catat Ulasan