"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Misteri Villa nabila - Remaja hilang ditemui, lari dari rumah, lepak di flat!!


Cerita misteri Villa Nabila membuatkan ramai yang 'terkena'. Cerita misteri yang tersebar dan ingin diketahui orang ramai disimpulkan 'karut!!'.

Remaja yang hilang, Izzat Izzudin Husin, 16 tahun juga telah ditemui. Menangis maknya di TV malam tadi, rupa-rupanya dia 'lepak' di flat bersama rakannya.

Dia ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, pada tengah malam tadi. Dia bersama 2 rakannya iaitu seorang rakan lelaki, dan seorang lagi kawan perempuan telah dirakamkan kenyataannya di Balai Polis Bandar Dato Onn.

Difahamkan Izzat Izzudin Husin telah lari rumah bersama teman wanitanya dan tidur di flat kawannya.

Kesimpulannya, siapa yang dah kena!

Tiada ulasan: