"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi pasport palsu dikenal pasti: Terkini pasport China selepas Austria dan Itali

Satu lagi kes disyaki pasport palsu dikenal pasti dalam senarai penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di perairan Vietnam pagi semalam.

Dilaporkan, warganegara China daripada Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Dilaporkan juga bahawa polis menemui ketidakselarasan antara nombor pasport dan nama.

Awal hari ini, perisikan Amerika Syarikat (AS) dilapor menyiasat kejadian dua penumpang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat ke Beijing itu.

Ia melibatkan penumpang daripada Austria dan Itali.

Tiada ulasan: