"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MH370 hilang di alam jin?

Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.
PETALING JAYA: Kehilangan MH370 sebagai suatu yang misteri, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook.

“Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.

Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia ‘kembali’ semula ke alam manusia.

“Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.

“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya.

Justeru, tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut, sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan.

“Semuanya dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa, memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan kepercayaan karut.

“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk menjadi ‘hero’ dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi.

Tiada ulasan: