"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini Laporan langsung:Pesawat tak dikenali disahkan MH370


Bunyi pantulan elektronik dari arah Lautan Hindi
Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu laporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari  ini.

Laporan langsung
2.30pm: PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370.

Katanya, laporan bahawa pesawat itu dirampas masih satu spekulasi. Pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan.

Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Operasi di Laut China Selatan dihentikan.

2.23: Najib mengumumkan kronologi peristiwa kehilangan MH370 yang disahkan setakat ini.

2.20pm: Najib berkata dia mengarahkan pihak berkuasa Malaysia berkongsi semua maklumat MH370 dengan semua pihak berkuasa terlibat.

2.19pm: PM memulakan sidang medianya.

1.55pm: Seorang pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh mengumumkan PM hanya akan membuat satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru.

"Namun beliau tidak akan menjawab apa-apa soalan," katanya.

Beliau meminta para wartawan mengemukakan soalan kepada pusat media.

Soalan berkenaan akan dijawab dalam sidang media harian jam 5.30pm, katanya yang tidak memberikan sebarang alasan.

Ini adalah kali kedua Najib muncul dalam sidang media khas berhubung isu pesawat MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu
-malaysiakini-

Tiada ulasan: