"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pintu, ekor MH370 ditemui?

Pasukan pencarian Vietnam melaporkan penemuan apa yang mereka percaya sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi.

Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, laporThe Wall Street Journal reported.

MAS dilapor sebagai tidak dimaklumkan berhubung penemuan itu.

The Wall Street Journal memetik posting dalam laman web kementerian penerangan dan komunikasi Vietnam.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menemui artikel itu dalam kedua-dua bahasa sama ada bahasa tempatan atau Inggeris melalui carian pada jam 9 pagi.

Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.

Dikatakan juga Vietnam tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang.
-malaysiakini-


DCA nafi temui serpihan MH370
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan khabar angin bahawa pihak kerajaan Vietnam menemui serpihan bangkai kapal terbang milik MH370.


Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak berkuasa Vietnam malam semalam bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

"Pihak berkuasa Vietnam telah menafikan ada penemuan bahagian dalaman pintu dan serpihan ekor kapal terbang tersebut.

"Pihak kami memandang serius setiap apa juga kemungkinan yang boleh membawa kepada penemuan MH370, " katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Semalam, beberapa portal berita antarabangsa mendakwa pihak berkuasa Vietnam menemui beberapa objek di perairan mereka yang dipercayai milik pesawat MH370.

Tiada ulasan: