AbuYa
Hina benar persepsi Nurul Izzah kepada para pemimpin PAS. Nurul Izzah berterus terang yang dia geli, benci dan jijik melihat wajah-wajah pemimpin PAS.
Aku masih ingat lagi semasa papanya difitnah orang PAS yang mengajar dia bercakap di atas pentas wlaupun dia sekadar boleh cakap papa saya.. papa saya...
'Wajah-wajah yang menggelikan' itulah sebenarnya yang telah menyelamatkan keluarganya. Meletakkan mereka pada kedudukan sekarang, setelah mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Yang berada di belakang mereka, yang menjunjung, bahkan sanggup melakukan penipuan, pembohongan, malahan memutarbelitkan fatwa-fatwa agama semata-mata untuk seluruh keluarga Anwar Ibrahim termasuklah Nurul Izzah sendiri.
Pada tahun 1998, kalau bukan kerana para pemimpin PAS yang 'menggelikan' itu campur tangan, besar kemungkinan Nurul Izzah hanyalah seorang anak Anwar Ibrahim yang tidak terkenal dan tidak akan memperolehi jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Kalau bukan kerana 'pemimpin-pemimpin PAS yang menggelikan' itu, PKR tidak akan wujud, Wan Azizah tidak boleh berlakon dengan kipas Cina dan sarung tangan putih atau sesekali mengalirkan air mata untuk mendapatkan simpati.
Bahkan tanpa para pemimpin PAS 'yang menggelikan' itu, PKR tidak akan ada kerusi walau sebuah pun di Parlimen mahupun di DUN-DUN seluruh Malaysia.
Jenis tidak sedar diri dan mudah lupa diri kerana beranggapan DAP yang membantu mereka, membuatkan Nurul Izzah mudah memandang jijik kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepadanya seisi keluarga.
Itulah sikap PKR terhadap PAS yang patut dibincang dalam Muktamar ke-60 nanti. Jangan kata saya menghasut.. sebab Hisham Rais suruh menghasut.
Sumber FB
4 ulasan:
" IN SIDE STRORY ? " Betul ke atau saje buat lawak... cuba periksa ejaan betul2.
Sya setuju dgn tulisan mso ni... Jika itulah realiti sebenar pas terhadap keluarga nurul izzah, yg byk membantu & memberikan sokongan, beliau jgnlah terlalu yakin yg dia akan terus duduk kerusi parlimen pd pru yg akan dtg sbb dia sbb dia anak anwar @ dap sokong dia. Ingatlah....hidup ini umpama roda...ada masa kat atas, ada masa di bawah...kita ni sama je...duduk di atas nampak yg bawah kecik, duduk di bawah nampak yg atas itu juga kecik... Renung2kanlah....
Sokongan PAS pun ada makna tu. PAS tak mampu berdiri sendiri. PKR teruk, PAS lagi teruk dari UMNO sbb betul2 bertopengkan agama untuk memenuhi kehendak perut sendiri. Dulu aku selalu doa-doakan untuk PAS Kelantan, sekarang tidak, semoga Allah memberi pengajaran setimpal kepada kamu semua. Allah pasti akan gantikan kami dengan politik Islam yang lebih baik dari PAS seperti Allah hancurkan mereka yang zalim dan membawa kerosakan kepada mereka yang bertaqwa kepadaNya.
Bertaubatlah dari fitnah pil kuda, bermuka-muka, memungkiri janji dan mengumpul saham di PERANGSANG, Selangor. Nilai Islam dalam kata-kata kamu sekarang sudah tiada lagi. Ulama' kalau hilang kezuhudan, kesederhanaan dan akhlaknya, jangan rugi dunia dan akhirat ye.
Memang kebanyakan pemimpin pas menggelikan
Catat Ulasan