"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! Wan Azizah sedang pujuk Khalid kembali kepada PKR?

Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang memujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali kepada PKR?
Itu cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.
Sumber rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai Menteri Besar.

Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.

Wan Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas Pelabuhan Klang itu.

Selain khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas perkenan Sultan Selangor.

Difahamkan, tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar.

Keputusan itu bersandarkan kepada prinsip mematuhi titah dan perkenan Sultan Selangor yang melantik menteri besar dan DAP juga dikatakan akan berbuat demikian kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada Sultan.

Turut dikhuatir Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Umum maklumkan, Khalid dan Wan Azizah dikatakan tidak mempunyai hubungan baik sebelum ini.

Dengan Khalid diterima semula dalam parti, PKR kekal menguasai kerajaan Selangor.

Lagipun, PAS sendiri tidak ada masalah jika Khalid terus kekal sebagai menteri besar berdasarkan pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didedahkan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pertemuan ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dengan Presiden PAS itu.

Semua pihak kini sedang menunggu keputusan Sultan Sharafuddin mengenai pengganti Khalid selepas PKR,DAP dan PAS selesai menghantar nama-nama calon pada 3 Sept lalu.

Khalid sudahpun menyembahkan surat memohon perkenan meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menolaknya sehingga pengganti Khalid dilantik.–bnbbc.my

2 ulasan:

Unknown berkata...

Gara gara "KAJANG-MOVE yang "GAGAL" elok lah pehak PKR mengaku kesilapan yang telah di lakukan. Mengaku kesilapan merupakan satu perbuatan yang terpuji.

Harap harap apa yang di usahakan oleh Datin Seri Wan Azizah benar benar berlaku, bukan abdaian atau hear say oleh penulis blog. TSKI pula hendak lah berlapang dada dan terima sahaja apa yang di cadang kan oleh DSWA itu.

Unknown berkata...

Jika benar berita ini.....lu pikir lah sendiri.....betapa banyak nyer fitnah telah berkeliaran....