"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cameron Highlands: Salah Palanivel, Adnan

Faiz Zainudin 
DAP : Kecuaian kedua-dua individu ini yang gagal mengambil tindakan serius punca tragedi yang meragut nyawa itu,
KUALA LUMPUR: DAP menggesa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya bertanggungjawab ke atas tragedi banjir di Cameron Highlands.

Memetik laporan Roketkini, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata ekoran kecuaian Adnan dan Palanivel yang gagal mengambil tindakan serius terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram adalah punca tragedi yang meragut lima nyawa itu.

“Adnan dilaporkan mendakwa jika kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan ketat, akan ada orang yang menyerangnya sebagai tidak berperikemanusiaan. Kenyataan ini amat dangkal dan inilah dia hasilnya (banjir lumpur).

“Kenyataan Palanivel juga amat mengejutkan apabila dia menyatakan tidak tahu apa punca masalah, walaupun pemantauan dibuat namun tetap sukar untuk dikawal. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua individu tersebut perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku,” katanya.

Teresa menambah, kegagalan Palanivel mengambil tindakan mengakibatkan rakyat menderita apabila tiap kali berlaku bencana.

Sebelum ini, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Palanivel yang dilihat seolah-olah ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir di daerah itu.

Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.
-fmt-

Tiada ulasan: