"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib sudah mengatasi rekod Mahathir sebagai PM

Mohd Sayuti Omar
Hebat Mohd Najib Razak. Walaupun hanya baru sembilan (9) tahun beliau menjadi perdana menteri tetapi rekod dan sejarah perkhidmatannya sudah mengatasi Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Ertinya Najib mengatasi Mahathir belum sampai separuh perkhidmatan yang dilalui Dr Mahathir.
Apa yang dilakukan dan berlaku diera Mahathir telah berlaku diera Najib. Ia seakan satu kejayaan besar Najib yang boleh dibangga oleh rakyat negara ini khasnya ahli Umno yang menjadi ayam ternakan parti kebangsaan itu.

Disepanjang tempoh menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menghadapi pelbagai cabaran, ancaman dan bantahan dilakukan oleh rakyat. Dia juga dikecam dengan dasar-dasar yang dikira tidak menguntungkan Melayu. Tindakan menyelamatkan diri dan kedudukan dalam parti juga dilakukan Dr Mahathir sehingga menyebabkan tindakan itu berlaku bantrakan kepada parti.
Misalnya dasar industri besar yang memperkenalkan higtec membina kilang kereta nasional, Proton. bandar ICT mendapat krtitikan oleh pakar-pakar ekonomi lain yang beranggap ia sesuatu yang tidak perlu pada masa iu dan merugikan negara ini. Namun Dr Mahathir tetap berdegil dan percaya kepada gagasannya dalam usaha meletakkan Malaysia menjadi negara maju dalam tahun 2020.

Langkah Dr Mahathir itu juga mendapat kritikan dari sesetengah menterinya sendiri. Orang paling latang mengkritik projek automobil Dr Mahathir ialah tengku Razaleigh Hamzah yang tidak optimis dengan idea Dr Mahathir itu. Begitu juga dengan projek Perwaja Steel, di Paka Terengganu, Hidro eleterik di Bakun, Sarawak dan lain-lain juga mendapat kritikan hebat dari pembangkang.

Dalam politik, pula Dr Mahatahir dikirik kerana tidak pernah diam daripada menyerang Pas dan cuba menanam perasaan buruk ke atas parti agama itu. Dr Mahathir melihat Pas sebagai sebuah parti yang jumud dan pengacau kemajuan orang Melayu. Dr Mahathir bermusuh dengan gerakan Islam. Beliau mengharamkan jemaah Darul Arqam pimpinan Abuya Ashaari Muhammad dan anti kepada gerakan sufi.

Sebagai mempastikan kedudukannya selamat Mahathir menggunakan akta dan undang-undang untuk memenjarakan pemimpin pembangkang, NGO dan para aktivis. ISA adalah senjata Dr Mahathir untuk mengekang musuh dan lawan politiknya.

Dalam Umno Dr Mahathir ditentang oleh kalangan Umno sendiri. Dua kali kedudukannya sebagai presiden parti ditentang. Kali pertama 1982 dan kedua 1987 oleh orang yang sama Tengku Razaleigh Hamzah yang pada satu masa berpakat dengan Musa Hitam. Gara-gara perlawanan itu menyebabkan Umno berpecah dua tahun 1987.

Dr Mahathir tidak tehenti setakat itu sahaja, dia terus bertindak mencatas musuh politiknya dan mereka berpotensi menjadi pemimpin Malaysia dikubur hidup-hidup. Dr Mahathir mengamalkan politik jahiliah. Tindakan paling sadis dan merugikan negara dilakukan Dr Mahathir ialah apabila pecat Anwar Ibrahim dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri kemudian "memenjarakannya" selama sembilan (9) tahun atas tuduhan salah guna kuasa.

Ekoran tindakan politik Dr Mahathir yang tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan sekali lagi Umno terbelah dua sehingganya wujudnya gerakan reformasi yang memungkinkan melahirkan PKR.

Menariknya semua yang diperlakukan Dr Mahathir itu turut berlaku dan dilakukan oleh Najib Razak. Najib seakan mengikut sunnah Dr Mahathir dalam mempertahankan diri dan kekuasaanya. Kalau Dr Dr Mahathir merugikan negara dengan projek nasionalnya Najib juga berbuat demikian dengan memperkenalkan syarikat pelaburan strategik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Dilaporkan syarikat itu kerugian sebanyak RM42 billion?

Pembaziran lain juga turut dilakukan di era Najib. Pemberian BR1M juga menjadi satu masalah kerana ia dianggap sebagai rasuah politik yang menggunakan belanja banyak. Demikian juga bayaran dan penggunaan wang untuk mempertahankan Umno dan kerajaan BN. Penerimaan dana sebanyak RM2.6 billion yang digunakan untuk pilihan raya adalah satu penyalahgunaan dan pembaziran wang, digunakan bukan untuk rakyat.

Kejayaan Najib dalam mencari dana untuk parti ini mengatasi kemampuan Dr Mahathir.

Demikian juga dengan tindakan politik. Kalau Dr. Mahathir memecat timbalannya untuk mengukuhkan kedudukannya, demikian juga dengan Najib membuat perkara sama. Kerana bimbang Muhyiddin Yassin yang tidak sedia menjadi "yesman" kepadanya, dan dikhuatiri akan menjoloknya, Najib dengan berani telah memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Cuma bezanya Najib tidak memanjarakan Muhyiddin, seperti mana Dr Mahathir memenjarakan Anwar. Tetapi kekurangan itu dibayar Najib dengan ikut sama memenjarakan Anwar Ibrahim sepertimana dilakukan Mahathir. Dibawah Najib Anwar dipenjara selama lima tahun. Itupun masih terlalu awal untuk ditangkis. Kalau Najib melihat Muhyiddin bakal menyusah dan mengangguinya mungkin Muhyiddin juga akan dipenjara?

Kronologi dan tawarikh itu menunjukkan perjalanan politik Najib "sesungai" dengan Dr Mahathir.

Tetapi kenapa dikatakan Najib lebih hebat daripada Dr Mahathir? Dalam usaha Dr Mahathir hendak membuang Anwar yang dianggap pencabarnya, Dr Mahathir dikatakan bersubahat dengan (guna) polis dan pendakwa raya. Dr Mahathir tidak pun sampai memecat Peguam Negara atau pun menganggu tugas SPRM dan juga SB bagi menyelamatkan kedudukannya.

Berbeza dengan Najib. Peguam Negara terpaksa ditamatkan dan diganti dengan seorang ahli Umno, manakala pegawai SPRM yang terlibat dengan siasatan 1MDB syarikat yang membabitkannya, dipindah tempat kerja. Begitu juga timbalan ketua SB Bukit Aman dipindah tempat kerja.

Campur tangan dan gangguan ke atas pegawai keselamatan dan badan bebas ini tidak dilakukan oleh Dr Mahathir tetapi berlaku dizaman Najib.

Terbaru kehebatan Najib ialah masalah kejatuhan nilai ringgit. Dizaman Dr Mahathir ringgit jatuh sehingga hampir RM4 berbanding 1USD kemudian terpaksa ditambat RM3.80 untuk 1USD. Tetapi dizaman Najib ringgit susut sehingga hampir RM4.40 berbanding 1USD.

Begitu juga dalam menggunakan kuasa prerogetif sebagai presiden parti untuk menyelamatkan diri, kalau Dr Mahathir menangguhkan persidangan agung (PAU) memilih pemimpin dalam Umno, hal sama juga turut dilakukan Najib. PAU yang sepatutnya diadakan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan.

Demikian perbandingan tindakan dan peristiwa yang berlaku diera Najib dengan Mahathir dimana dalam perbandingan itu menjelaskan Najib mengatasi Dr Mahathir. Najib jauh lebih berjaya dan hebat serta rakus dalam tindakannya. Kelebihan Naib ini berdasarkan kepada nisbah tempoh perkhidmat walaupun baru sembilan (9) tahun menjadi PM, tetapi Najib sudah menyamai rekod Dr Mahathir dan mengatasi dalam beberapa aspek tertentu yang gagal dicapai Dr Mahathir.

Tiada ulasan: