"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendatang pengsan sembunyi bawah enjin (Gambar)

Melilla (Sepanyol): Polis di bandar ini terkejut apabila menemui seorang pendatang bersembunyi di bawah enjin kereta semata-mata mahu menyeludup masuk ke Sepanyol.

Kejadian itu berlaku ketika polis memeriksa sebuah kereta BMW dalam sekatan di jalan raya yang menghubungkan bandar ini dengan sempadan Maghribi.

Ketika pemeriksaan terhadap kereta dinaiki dua lelaki Sepanyol, polis tidak menemui perkara yang mencurigakan.

Bagaimanapun, seorang anggota polis berasa curiga selepas mendengar bunyi pelik seperti jantung berdegup kencang di bawah enjin kereta.

Selepas diperiksa polis terkejut apabila menemui seorang lelaki yang tidak sedarkan diri berada di bahagian enjin kereta.

Lelaki dipercayai warga Guinea berusia 19 tahun disembunyikan di bawah enjin berhampiran bahagian papan pemuka kenderaan.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lelaki itu dipercayai cuba diseludup masuk ke Sepanyol secara haram.

Katanya, dua lelaki dalam kereta itu ditahan dan bakal didakwa atas tuduhan cubaan menyeludup manusia. - Agensi
-hmetro-

Tiada ulasan: