"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengadil tunjuk pistol di padang (video)


Seorang pengadil bola sepak di Brazil bakal menghadapi tindakan disiplin serius selepas bertindak mengeluarkan pistol ketika mengadili perlawanan liga amatur tempatan.

Menurut The Telegraph, kejadian mengejutkan itu berlaku hujung minggu lalu di Brumadinho City, Minas Gerais.

Pengadil tersebut, Gabriel Murta dikatakan diserang pihak pengurusan pasukan pelawat, Amantes de Bola sebelum bertindak mengeluarkan pistol.

Murta yang juga pegawai polis tempatan mendakwa, dia ditendang dan ditampar pengurus Amantes yang menuntut kad merah perlu dikenakan kepada pemain tuan rumah, Brumadinho.

Susulan itu, Murta bergegas ke bilik persalinan sebelum kembali ke padang dengan sepucuk pistol.

Bagaimanapun, Murta dikatakan tidak mengacukan kepada pengurus tersebut tetapi hanya mengeluarkan pistol untuk dilihat pengurus Amantes.

Tindakan mengejutkan itu dihalang oleh pengadil lain sebelum kembali ke bilik persalinan dan menyimpan senjata api tersebut.

Sementara itu, Pesuruhajaya Pengadil Bola Sepak Brazil, Giuliano Bazzano berkata, Murta akan menjalani ujian psikologi sebelum berdepan tindakan penggantungan sementara atau seumur hidup.

"Apa yang berlaku jelas sesuatu yang luar biasa dan saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan terburu-buru," kata Bozzano seperti dilaporkan The Mirror.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: