WALAUPUN hanya berusia lima tahun, seorang kanak-kanak berbakat dalam bola sepak dari Tameside, England kini menjadi rebutan dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris.
Portal Mirror melaporkan Lewis Towns diintai oleh Manchester United dan Manchester City.
Jika anak kepada jurubina ini memilih Manchester United, datuknya, William boleh memperoleh £150,000 (RM912,851).
William bakal menerima durian runtuh itu selepas membuat taruhan sebanyak £50 (RM304) terhadap cucunya akan bermain dalam Liga Perdana Inggeris dan skuad England.
Lewis bergambar bersama bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.
Ketika ini kanak-kanak itu sedang menjalani latihan dengan dua akademi bola sepak bagi mengasah bakatnya.
Lewis dijemput oleh Manchester City ke pusat latihan pasukan itu semasa kanak-kanak berkenaan berusia tiga tahun.
Dia turut menghabiskan masa dengan Liverpool, kelab Liga Perdana Inggeris yang turut mengintainya selepas Everton.
Lewis mula bermain bola sepak bersama ayahnya di belakang rumah dan menyertai kelas 'bola sepak' pada usia 18 bulan.
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan