"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Siapa Boleh Jamin Simpanan DalamTabung Haji Selamat?

Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

"Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion.

"Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat," katanya.

Ismee berkata, lembaga itu biasanya mengumumkan pembayaran bonus pada suku pertama setiap tahun dan memberi jaminan tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada pendeposit.

"Insya-Allah, Tabung Haji akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 selepas melalui proses dalaman dan audit interim seperti lazimnya setiap tahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam menetapkan kadar bonus Tabung Haji mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, 2015 adalah tahun mencabar dan perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut.

Ismee berkata pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka dijamin kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji juga mengambil maklum saranan Bank Negara untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Bank Negara menghantar surat kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember, memberi amaran rizabnya pada paras negatif.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata penyimpan wang jemaah itu tidak akan dapat membayar dividen kepada kira-kira 9 juta pendeposit tahun ini jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

Tiada ulasan: