"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO tiada pilihan terpaksa lantik Bashah sebagai MB

Faiz Zainudin
PETALING JAYA: Khabar angin mengatakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah akan dilantik mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah bukti UMNO tiada pilihan.
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, pemilihan itu dibuat hanyalah berdasarkan Bashah sebagai individu paling lama dalam UMNO Kedah.

“Saya rasa memang UMNO Kedah ini tiada pilihan sebenarnya (lantik Bashah sebagai Menteri Besar). Bashah dilihat orang paling lama dan dianggap calon paling terbaik bagi UMNO.
“Ditambah pula dia pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, dia juga banyak penggal menjadi EXCO dan ketua bahagian,” katanya kepada FMT.

Bekas pemimpin kanan kerajaan PAS negeri Kedah itu menambah, sekiranya Bashah dilantik sebagai Menteri Besar di Negeri Jelapang Padi itu, menyaksikan jumlah sokongan rakyat kepada UMNO akan menurun, sekaligus membuka peluang kepada pembangkang menawan semula negeri itu.

“Kalau dilihat berdasarkan kajian yang dibuat pada 2013, sokongan rakyat kepada Bashah tidak tinggi.

“Saya jangka sokongan rakyat kepada BN akan menurun lima hingga 10 peratus sahaja pada pilihanraya akan datang, malah jumlah itu sudah cukup untuk berlaku perubahan kerajaan.

Tiada ulasan: