"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Isu MB hampir selesai : Angkat sumpah jawatan dijangka hari ini atau esok

ALOR SETAR: Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah hari ini atauesok berikutan majlis itu sedang giat dirancang.

Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih dikatakan sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

“Mungkin hari ini atau esok majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.

“Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu,” katanya .

Menurut sumber itu lagi, sejak semalam beberapa exco yang dikatakan menyokong Mukhriz juga dilihat mengosongkan pejabat ma­sing-masing di Wisma Darul Aman.

“Exco tersebut walaupun dikatakan akan dilantik semula sebagai exco selepas pelantikan Menteri Besar kelak namun bersedia untuk mengosongkan pejabat mereka.

“Walaupun bersedih namun difahamkan mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini,” ujarnya.

Difahamkan Mukhriz dan dua Exco yang menyokong beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Blok E, Wisma Darul Aman, di semalam.

Mukhriz memasuki pejabat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kira-kira pukul 3 petang semalam bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri ini.

“Perjumpaan berkenaan dikatakan berakhir beberapa jam kemudian apabila Mukhriz dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada pukul 7 malam,” katanya.
Utusan Malaysia

Tiada ulasan: